Saturday, November 30, 2013

Kisah ptptn

kisah ptptn aii.. just sharing and meluahkan hek hek hek...

Cerita dia begini pada tahun 2011 aku dah buat full payment - yup, settle everything . aku nak cepat-cepat sebab mom dah berkali kali bising dapat surat ptptn yg minta hutang itew.. iolss kan tak buat tolakkan gaji, ada hati nak kumpul n bayar lump sump. but i did in the end la. ..Went to the central ptptn and made my payment cash. riso gak bawk beribu2 nk settle .. hehe.. nak wat cmne, dh geram.lantak. huuu..

 Ingat berakhir disitu, maka tahun ini 2013 , kan ptptn bagi pula diskaun berapa percent tah. ciss sungguh. Nak buat cmno, kate pejal anggap laa cam ada sales.. hamboih hamboihh nak merawat hati iolss la tu.. huuuu...SO....oleh kerana menemani si suami nk buat bayaran penuh nya pada awal September 2013 lalu aku pun saja tanya tentang balance aku.

Wah alangkah terkejutnya bila dapat tahu aku masih ada balance.. hoi menyirap darah betoi.. apa ?! ada balance, camna leh jadi camtu- I've liked paid the debt since 2011.come on laa... bengang betol.

Pastu , diorg cakap tu duit insurans. boleh ke? pesal x kira masa tahun 2011 sebab sah-sah la aku minta amaun penuh-sepenuh nyaaaa...untuk diselesaikan. ini memang menimbulkan kemarahan!! nak tengok aku jadi singa leh la datang itu hari.. kikikihhh...

Ok puas ngamuk kat situ. esok bersambung di opis- hah sempat la meluahkan perasaan pada teman-teman yang sudi dengar...hahaha..lepas tu iolls buat call ( iissssh nak call punya la susah nk ckp dgn pegawai). so dia minta fax kan borang baki ptptn. and i did. Sehingga lah ke hujung bulan september 2013, masih xde respond ( kite yg kene kejar diorg nih..adoiii).. hati geram je.. ahh tak pe kang dah reda kemarahan , iolss cuba lagi.. sobs.

Awal november 2013, jam 8.15am (hahaha.. awal kan...biar kan)... i called penyelia ptptn aku- which mine was at cawangan seremban ( maybe masa awal daftar dulu submit sana kot-mana la ingat oii... ahhaha). 

Number fon penyelia ni ada  dalam website ptptn . Selamat dia angkat dengan nada yang lembutttt..aku terangkan keadaan and minta dia punya pendapat n what should i do. ok she'll help to settle as to give me my letter yg menyatakan surat pengesahan lepas hutang which i did not receive masa aku settle tahun 2011,( sebab masa tu tak silap sistem diorg down ke hape..bukan aku sengaja tak dapat surat tu tawwww...hek hek)

Penyelia tu tetiba cakap- eh, cik dah settle tahun 2011 kan, so kira awal dari tarikh yg di kira oleh penyata laa,..haha means you dah terlebih bayar pada ptptn. paham tak?..aiishh blur jap. cmtu ka? eh ke abis tu macam mana? betol-betol blur. But she suggest untuk aku tulis surat mohon ''surat pelepasan hutang'' and turut tulis untuk pihak diorang semak baki dan lebihan bayaran jika ada.....noktah. heee

Maka berkarang lah emel kepada penyelia minta keluarkan surat perlepasan hutang ( last time 2011 diorg ckp nk pos tp aku tak terima pun). So request urgent kat dia untuk bagi surat tersebut dengan alasan jabatan / majikan nak tengok prove if masih berhutang . .. then tulis situ SEGERA....amek ko..


25 Nov 2013
Baru - baru ni aku sangat bizi dengan event jabatan di satu hotel di KL, Tapi dalam ke bizian ( menunggu print out kertas pembentangan..itu le kerja Secretariat yg berapa kerat je hahaha... ) sempat gak check email, kot-kot ada kerja urgent.. Tup-tup dapat emel dari penyelia ptptn tu.. email tu menyata kan ptptn sudah pun selesai hutang dan dpat perlepasan hutang... alhamdulillah...  then dia juga sebut ptptn sudah bayar balik lebihan hutang dalam akaun. erm.. konpius jap.. hahaha.. kira nya ini adalah lebihan kos pentadbiran yg perlu di pulangkan dengan syarat di tuntut. alhamdulillah.. settle hutang dan dapat lebihan balik . rezeki ,syukur sgt... so pesanan aku, baik korang cek kot2 ada lebihan then g tuntut dgn ptptn.... buat la email or surat rasmi. all the best!!..

ps:OK.. hope xde dah surat ptptn hntar ke rumah.. kang mak den tanyo laei.. adoyaiiii... hek hek hek





No comments:

Post a Comment

Feel free to drop by guys! :)