Wednesday, July 22, 2015

Syawal 1436H : Raya 2015

Syawal 1436H : Raya 2015 

Flashback 2015; Tanggal 12 Julai 2015 , sambutan raya pada tahun tu jatuh giliran asben ( ye, i memang homesick juga) hahaha. 

So, masa hari sebelum tu ronda-ronda kawasan kg melayu kepong mencari lemang.
Sedappp.... pada tekak kteorg laa and pada masa tu laa..( read skrg 2016 dengar macam dah kureng sikit rasanya..tatawlaa kan sebab xsempt beli tahun ni hehe).



 Hmmm, masa ni tengah beriya nak pilih lemang yang berlainan size dan harga. heee.. adoi mak buyung masa tu sangat laa comot and lasak sebab langkah longkang bagai hahaha.



 sempoi je acik ni. tapi sedap laa lemang dia.. makan begitu sajaaa. ehehee


Hari Raya Pertama

Maka, tiba lah hari raya esoknya... Belah asben kami berkumpul di rumah sedaranya di hill view. bestnyaa kawasan rumah dia.. ( dalam hati in your dreams jela kui kui kui)



 Maka sesi berfoto pun bermula.. biasala huru hara semua ada.. panas belengas mak buyung masa tu tuhan je tahuuu hahaha.



 Dua-dua ni memang happy.. sbb kawasan luas boleh lari-lari tanpa sengajaaa..chewaa haha.


 Aktiviti raya pertama belah asben tamat setelah semua sedara-mara berkumpul sehingga la waktu zuhur dan bersurailah semua lepas tu..


 Maka lepas asar bergeraklah kami untuk beraya belah saya pula (yahoo kebabommm).



Giliran belah saya, bagi hari raya pertama malam hari nya berkumpul adik beradik mak di Shah Alam rumah arwah atuk. Dapatlah buat sedikit doa dan tahlil pada malam tu. Selesai semua berangkatla kami untuk bermalam di Seremban . Budak-budak dah flat, sakan raya la sangat. hek hek hek.



Hari Raya Kedua
Hari berikutnya , berjalan lah family belah mak saya menziarah sedara mara.



Rumah nek itam , di Sepang (moms's side)

Dua buah rumah dikunjungi pada Hari Raya Kedua, dari Sepang then ke Kajang lah kami. PEnat? perghh makan sampai sempot hahaha..

 Rumah Nek Mok, Di Kajang


Hari Raya Ketiga

Minggu tu bercuti lah iolss sebab taska and tadika tutup.. tapi encik asben dah kene kerja..hee so xjoinlah beraya sakan belah serembannya . Nak wat camno. heee. (buat muka majuk pastu kang dia jawap, orang lain pun nak beraya..haih.). Meh le bagi sedutan sipi sipi minggu raya 2015 neh. hek hek hek.
 Rumah Makcik di Port Dickson, (dad's side)




   Ini orang kene kerja raya keempat hahaa... Bertabahlah iolss. 
(orang laki rase xkisah sangat kot bab bab raya nih.hahaha, siapa setuju?)

Lepas je cuti seminggu , masuk kerja.. tiba lah giliran check up ibu mengandung.. haa amik ko berat trus naik mendadak pastu kene buat ujian air gulaaa.. adoii kantoi sekantoi-nya. heu heu heu.
(mood adelah sedey , sebab once dah diabetic masa mengandung, tiap tiap minggu kene g check up..huwaaa ). Cabaran ibu mengandung ye tak. Bertabahlah ibu ibu mengandung di luar sana.



Hari hari hari raya (Raya kan sebulan hehe)

Raya kali ni, dapatlah berjumpa beraya di rumah teman rapat iolss yang bizi sambung belajar ( cayok2!). Nah, ahkak velanje selfie bersama-sama diorg. hehe.

 Apa-apa pun marilah kita bersyukur , bertasbih bertahmid pada ilahi. 

Selamat Hari Raya 1436H semua ,

 maaf zahir batin

 Sekian cerita raya tahun 2015.

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop by guys! :)